Thursday, February 7, 2013

Berkarya kerana rasa Cinta yg dikurnia Allah

Assalamualaikum, M.I.H kini melapor diri, untuk meluah rasa yang terpendam, kerana suatu perasaan yang hadir di dalam lubuk hati ini, yang terdetik kerana rasa rindu dengan pencipta diri ini, sedar kerana diri ini terlalu jauh menyimpang, kini ingin bertakhta di jalan kebenaran yang di cipta Allah S.W.T. Hamba sedar akan kesilapan diri ini, yang lalai dalam ajaran nya dan kini ingin bertakhta buat selamanya, ingin menjadi hamba yang patuh dengan ajarannya. semoga niat ini akan berkekalan seraya ingin memulakan lembaran hidup dengan permulaan yang memberi hidayah.

Cinta, kini hamba harapkan yang terbaik dari Allah yang maha adil dan maha mengasihi hambanya, agar jodoh yang di terima, akan menjadi sebaiknya dan akan di jaga sebagus mungkin. kerana cinta dariNya, adalah anugerah yang terindah buat kaum Adam, yang bakal menjadi penyinar hidupan seharian kelak, yang bakal memberi zuriat, yang menyambung warisan keluarga dan agama yg suci.

Cukup sekali cinta itu melukai, kini hanya dambakan yang sedia menerima seadanya dan sudi hidup bersama selamanya tidak kira suka atau duka, akan tetap bersamaku buat selamanya, bukan kesempurnaan wajah atau pun harta semata di pandang, ta[i cukup lah dengan kesetiaan pada Allah dan Agama, kehormatan terhadap yang tua dan yang muda, sopan dan baik akhlaknya. Akan ku mencintainya dengan sepenuh hati dan menjaganya melebihi dari hidupku. Insyaallah.

No comments: