Wednesday, November 2, 2011

Story About Sweet Couple

Salam 1 Blogger :) haH! hari Ni ada 1 story aq nak kongsi kat smua.. ni saje aq nak post bgi kat korg igt atw pon plajari apa yg ada kt word "couple" nie ataw lebih afdal d panggil "pasangan kekasih" :) ok mari kita ikuti apa crita2 d sbalik couple masa kini "new trend couple" Check it out.. :)
Hanya Sebagai Contoh :)


1) Semua couple dimulakan dengan salah seorangnya meminta. Yang ni fakta yang susah nak ditentukan sebab ada yang lelaki mintak,ada yang perempuan mintak. Jarang sangat dengar orang minta kapel ni sebab dia tak suka dengan orang tu. Kalau lelaki,mesti dia suka kat perempuan tu. Kalau perempuan,dia mesti suka kat lelaki tu. Tak pernah pulak dengar orang minta kapel sebab nak minta sedekah.


Kesan dia akan terjadi kat dua-dua belah pihak. Senang cerita,kalau diorang clash,ada dua benda yang terjadi kepada dua-dua orang ni. Orang yang minta kapel,dan dia yang minta clash,selepas dia clash dan nak kapel dengan orang lain,dia takkan rasa malu. Kemalu-maluan dia dah hilang untok meminta kapel dengan orang lain. Kalau orang yang tak minta kapel,hanya menerima 'request' kapel itu,selepas clash mungkin dia sukar untok menerima sembarangan orang lain lagi. Malah,mungkin dia tak nak minta kapel kat orang lain sebab rasa trauma dan takut untok berharap lagi.


2) Ada orang accept sebab dia pun sukakan orang tu. Ada jugak accept sebab dia tak fikir panjang. Ikut nafsu je. Sebab masa tengah minta kapel tu, dia tengah stim. Jadi dia pun accept je sampai tak fikir benda tu berkesan dalam masa yang panjang. Ada orang tu accept sebab simpati dan tak sampai hati nak sakitkan hati lelaki tu. Ini adalah kebaikan paling celaka yang pernah aku dengar.


Faktor ini merupakan faktor terbesar sesuatu perhubungan itu mengalami perpisahan. Semua disebabkan hati yang sebenarnya ada rasa tak ikhlas langsung nak sukakan orang tu. Memang susahlah nak lama kalau kita kapel dengan orang tu disebabkan kita suka-suka dan simpati dengan orang tu. Menerima ajakan kapel disebabkan begitu stim dan terangsang ketika itu pun boleh undang padah. Contohnya ada lelaki yang ajak sorang perempuan kapel. Time tu pulak perempuan tu tengah betul-betul rasa bernafsu serakah. Biasalah,manusia mesti ada kehendak seks kan. Jadi,dia pun accept. Dalam satu tahap,bila tahap nafsu serakah dia dah rendah,dia akan jadi dah tak best dengan lelaki tu,lalu dia pun minta clash.


Berlainan dengan orang yang benar-benar ikhlas suka. Suka sama suka. Lelaki tu suka perempuan tu,perempuan tu suka lelaki tu. Kalau suka sama suka macam tu,probability untok kekal lama tu agak tinggi.


Tapi nasihat akulah,kalau kita dah suka perempuan tu,tapi perempuan tu maseh ragu-ragu,jangan tunggu masa lama. Terus kahwin. Masok meminang. Nescaya inshallah perempuan tu akan sayangkan kita. Kalau anda kapel dengan orang yang ragu-ragu,dan tak kawin-kawin dalam masa dua bulan,hati dia akan layu. Dan dia pun akan tinggalkan anda. Tak percaya? Cubalah try.


3) Ayat dia straight,ada yang tak straight. 'Kita kapel nak?' itu ayat biasa. 'Jom kita ke langkah seterusnya tak?' ini ayat yang biasa tapi agak istimewa. 'saya pun dah takde orang lain. jom kita sama-sama nak?' ini ayat yang luar biasa dan hanya orang yang mahu mencuba sahaja guna ayat ni.


Ini tiada kesan sangat. Cuma,mungkin lelaki/perempuan itu berpotensi menjadi sasterawan negara.


4) Bila dah kapel,mesti nak ingat tarikh. Aku pelik betul lah. Lepas kapel,terus je letak kat henfon ke,letak dalam diari ke,tarikh hari diorang kapel. Padahal baru kapel je kan. Dah letak anniversary la,tarikh keramat la. Lepas setahun,boleh pulak sambut tu. Siap bagi hadiah lah, makan-makan lah. Kononnya nak sambut la tarikh diorang anniversary tu.


Kesan dia,tarikh itu akan menjadi tarikh yang sangat mengerikan kalau dah clash. Kalau tak clash lagi,sebenarnya kalau anda mengingat tarikh tu sebagai tarikh keramat,bila anda kahwin nanti,anda dah tak berapa rasa happy dan proud sangat dengan tarikh perkahwinan anda. Ingat,kapel ni hanya sekadar perkenalan. Buang masa je ingat tarikh tarikh ni sebab anda hanya kapel. Diingat,dia bakal suami/isteri. Bakal.Guna akal.


5) Panggilan mesti kena lain. Kalau sebelum kapel,aku-kau, kalau dah kapel,confirm lain. Antara panggilan yang biasa adalah, sayang,ayang,babi...eh,baby dan panggilan nama. Panggilan yang paaaaling aku cukup menyampah sekali adalah mama-papa. Macam haram.


Ini pun lebih kurang sama dengan bab tarikh tadi. Kesannya,anda akan rasa dah hilang kalau dah kahwin dengan dia nanti. Kalau dah clash,haa....nak panggil apa lagi dah? tetap mama dan papa? kan dah jadi janggal pelik dan ngeri? Aku bukan berfikiran sempit. Tapi ini berkaitan dengan perhubungan anda dengan si dia selepas clash nanti. Kalau tak clash,tapi terus kahwin,nanti feeling rasa lepas kahwin ni,dah takde. Bila disebut pasal feeling pasal kahwin, aku pun tak boleh nak sebut macam mana. Tanyalah orang yang dah kahwin. Sebenarnya perasaan dia berubah 180 darjah bila lepas kahwin dengan masa kapel. Semua benda baru,semua rasa manis. Kalau benda tu dah banyak kali buat,lepas kahwin,dah rasa biasa. Takde manis manis lagi.


6) Setiap minit,mesti mesej. Setiap malam mesti call. Jarang aku dengar orang kapel tak topap atas RM20. Paling koman pun seminggu mesti habis RM20. Call mesti tiap-tiap malam. Diorang mesej setiap masa,tapi tak pernah jemu. Tak tahu apa yang diborakkannya. Selalunya memang takde poin. Hanya bincang-bincang,gurau-gurau, borak-borak pasal cerita diri sendiri.


Simple word: Membazir.


Membazir ni banyak makna. Membazir duit. Membazir masa. Membazir amalan.


Membazir duit,memang kita boleh nampak. Dengan duit yang kita habiskan untok topap untok bercakap atau berSMS dengan si dia,padahal takde pun hal yang penting. Jangan cakap aku tak pernah alami. Aku pernah alami. Memang rasa sakit sangat poket,lepas clash. Tapi masa tengah kapel,tak rasa apa-apa pun. Time tu dah lupa,sebenarnya duit tu boleh digunakan untok beli alatan keperluan sendiri,bagi kat mak bapak, beli pandrive,menabung ke,beli kapal selam ke. Lagi teruk,mak ayah bagi duit,anda perabiskan dengan beli topap dan call awek/balak. Kalau call mak bapak,pandai pulak jimat. Miss call je sebab nak bagi sign supaya mak bapak call balik. Kalau dengan awek,tak sempat awek tu nak reply mesej,dah call. Qarun betul la korang ni.


Membazir masa,sebab masa tidur dah kurang,masa yang sepatutnya boleh kerja dengan fokus,dah tak fokus. Sepatutnya boleh banyak masa study exam,tapi membazir sebab asyik contact dia. Masa muda ni patutnya ambik semaksima ilmu yang ada. Zaman sekarang ni bukan dalam kelas je boleh dapat ilmu. Buka google. Buka Yahoo. buka Facebook.Merata-rata ilmu boleh dapat. Kesalahan terbesar Yahudi adalah mencipta Google dan Facebook. Sebab dengan adanya medium inilah umat Islam boleh korek baaaanyaak ilmu yang ada,selagi pengguna Islam ini guna otak dan iman nak melayarinya.


Membazir amalan sebab sepatutnya masa untok kita bersama dengan dia tu,boleh kita bersama dengan Allah. Patutnya tak dapat pun dosa itu ini,tapi disebabkan kapel,habis membazir amalan pahala. Yang banyaknya,amalan dosa. Nasihat aku untok siapa yang kapel,tolonglah spend masa lebih untok Tuhan,ibu bapa dan ilmu. Nak berkapel,berkapellah. Tapi jangan membelakangkan kehendak Allah. Jangan membelakangkan kehendak mak ayah. Nescaya,kalau tak menyesal kat dunia,kat akhirat nanti berjuta kali ganda lebih teruk penyesalannya.


7) Kat Facebook,dah mula letak in relationship. Advance sikit, letak engaged. Lagi gerun,letak married. Aku boleh maafkan yang letak in relationship. Tapi yang letak married tu aku amat ralat sikit. Aku faham,perempuan/lelaki tu dah confirm akan jadi pasangan suatu hari nanti, tapi tunggulah dulu kan. Tunggu dulu nak letak married tu. Engaged tu maseh boleh tahan lagi kan. Agaknya,kahwin dulu baru nikah kot.


Satu,sebab saham anda akan menurun. Dan yang kedua,sebab nampak sangat anda tak tahu malu.


Saham menurun ni,akan terjadi selepas anda dah clash. Kalau kekal kahwin,tak mengapalah. Ini dah clash. Bakal penerima anda itu mungkin akan rendah kualitinya sebab kebanyakan orang,terutamanya lelaki,akan banyak berfikir tentang bekas awek/balak anda. Ramai orang tak nak sangat dengan orang yang dah pernah berpunya. Sebab tak nak ambil risiko atau persepsi dia dah semakin menurun.


Nampak tak tahu malu ni adalah soal maruah. Orang akan kata, 'eh..budak ni kapel?eee...' walaupun ini bukan pendapat semua orang,tetapi maruah anda sebenarnya telah tercalar. Soal maruah,ini anda sendiri yang fikir-fikirkan. Tetapi diulang lagi sekali,maruah anda akan sedikit atau sebanyak tercalar apabila orang tahu anda letak status relationship. Terima kaseh.


8) Kalau dah couple, yang perempuan tu dah takde lagi perasaan malu. Dia akan send gambar dia tak pakai tudung tatkala dia ada dalam bilik tak pun kat kawasan dalam rumah,padahal kat luar bertudung litup. 'rambut aku khas untok pakwe aku je' Trend ni dah biasa dah. Selalu lelaki bertambah-tambah bernafsu tengok awek dia ambik gambar tak pakai tudung. Yang buruk perangai sikit,hantar gambar bogel.


Sekali lagi,ini soal maruah. Maruah anda terhadap balak anda. Soal dosa tak usah cerita lagi. Ini khas untok perempuan yang tak pernah keluar rumah tak pakai tudong. Tiba-tiba bila dah kapel,tunjok gambar kat pakwe gambar tak pakai tudong. Diingatkan kembali,dia hanya bakal. Belum masanya untok anda menunjukkan aurat anda kepadanya. Nanti,kalau dah kahwin,tunjoklah setunjuk tunjuknya.


Bila tunjok,dah dapat dosa. Kalau dah clash,dan anda berkahwin dengan orang lain,anda telah menafikan hak mutlak suami anda untok menjadi mahram pertama melihat aurat anda. Betul. Anda kena fikirkan.


9) Berkongsi password. Itulah trend kapel zaman sekarang. Password facebook,mesti kena kongsi. Jadi, sipakwe boleh bukak awek dia punye facebook,dan siawek boleh bukak pakwe dia punye facebook. Kadang-kadang, kalau orang nak chatting,kena tanya dulu,sama ada yang lelaki ni awek dia,atau lelaki tu. Maka,privasi kedua-dua umat ini hancur lebur. Semua dikontrol. Si pakwe tak boleh nak saja saja add perempuan lain.Lagi-lagi yang cantik cantik. Yang perempuan pun sama. Aku pernah ada kes,kawan aku ni kapel,tapi dia takut sangat nak add perempuan lain sebab takut awek dia marah. Aku tak paham betul bab ni. Kalau dah terkongkong sangat, baik tak payah kapel. Jadi semut api je senang. Curik gula je.


Ini baru kapel,bro. Kalau orang dah kahwin pun,tak patut sebenarnya kita ada privasi si dia. Kapel bukan segala-galanya. Kapel bukan bermakna anda perlu berkongsi semuanya. Kalau anda perlu berkongsi semuanya,kenapa tidak berkongsi seluar dalam bersama? Jadi sepatutnya anda tak layak dan tak patut untok berkongsi password dan sebagainya. Anda akan jadi terpenjara. Nak kapel sebab best. Sebab mudah. Tapi disebabkan anda terpaksa berkongsi 'segala-galanya' termasok password,anda jadi tak tenteram. Anda dah tak boleh kawan sebarangan orang. Anda tak boleh nak chatting happy-happy lagi.


Satu je,bro: Percintaan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan,percintaan itu wafat.


10) Mak ayah mesti akan tau pasal perhubungan tu. Benda ni pun jadi satu green light. Aku tak nak komen banyak sangat pasal ni. Sebab aku akan komen untok post seterusnya.


Sebenarnya,ini adalah hal yang serius. Ada dua sahaja kemungkinan. Dua saja. Kalau menjadi perhubungan tu hingga ke salaman nikah,maka ia sesuatu yang sweet kalau time kapel mak ayah dah tahu. Tetapi kalau clash,aduh. Itu satu masalah besar. Sebab anda bukan menghadapi dia seorang,tetapi nak hadapi mak,bapak,adik, atuk,nenek dan seluruh keluarganya. Perasaan malu dan segan tu akan ada,sebab anda dah nampak beria-ria dengan anak mereka,tiba-tiba dah tak jadi. Macammana nak hadapi semua tu?


Ambillah masa yang lama sikit sebelum kenal mak ayah si dia. Dalam masa setahun lebih ke,dah dapat keserasian,bolehlah kenal sikit-sikit. Lebih bahaya sebenarnya kalau mak ayah si dia berkenalan pula dengan mak ayah anda. Kalau dah clash,dua-dua pihak rasa menyampah antara satu sama lain. Ini salahkan itu. Itu salahkan ini.


11) Mesti kena dating. Kalau dating,mesti main boling kejap,wayang kejap, makan tu selalulah kan.


Kesannya,sama sahaja dengan nombor 7 tadi. Sila skrol ke atas untok membaca nombor 7 sebab poinnya sama sahaja.


12) Mesti ada gambar berdua. Kalau tak dapat gambar berdua,mesti edit gambar untok menjadikan gambar itu berdua.


Gambar ini boleh jadi gambar yang sweet atau gambar berpuaka. Yang berpuakanya,lepas anda clash,gambar ini pasti lenyap dari muka bumi ini. Tetapi satu lagi,sebenarnya tak boleh bergambar berdua-duaan dengan bukan mahram. Bukan untok kapel sahaja,tetapi dengan orang lain. Memang tak boleh. Berdosa tau. Dan gambar ini juga menjadi bukti bahawa saham anda semakin menurun.




















Dengan kesan-kesan yang telah aku berikan tadi,aku harap anda semua dapat menilai dan berfikir semula. Aku bukan nak memaksa dan menyeru kepada anda supaya clash dengan kapel anda. Tetapi,aku nak anda semua fikirkan one thing sahaja:




So Untok apa anda kapel?




p/s: sya cma pinjam ni :)

No comments: